folio agama>>my part

Posted in By ibi_corp 0 comments

PENGIMPLIMENTASIAN QURAN DAN HADIS
             Seperti yang kita tahu, quran dan hadis menjadi sumber rujukan utama orang islam. Allah menurunkan quran sama seperti kitab-kitab yang lain iaitu zabur , taurat dan injil kepada manusia agar ia menjadi panduan hidup manusia yang tinggal di atas muka bumi. Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang makhluk-makhlukNya perlukan. Quran yang juga merupakan kitab terakhir menjadi pelengkap kepada kitab-kitab yang lain. Seperti bab yang lepas, kita dapati terdapat banyak cerita, suruhan dan larangan dalam quran. Tapi, bagaimanakah pelaksanaanya pada hari ini?
         Dari segi hukum hakam, terdapat hukum yang terdapat dalam quran yg diaplikasikan dan ada juga yang tidak diaplikasikan pada hari ini. Antara hukum yang terdapat dalam quran ialah hudud dan qisas. Tapi, sejauh manakah kita mengamalkan hukum hakam yang telah diciptakan oleh Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai contoh ialah hukum hudud.   Hudud atau hadd sering diertikan sebagai ketetapan Allah. Hudud dikenakan pada 7 jenis perbuatan jenayah iaitu zini, qazaf, minuman khamar, mencuri dengan ukuran minimum tertentu, kirabah, murtad dan memberontak terhadap penguasa yang sah.*Sesungguhnya, Allah mengetahui  apa yang terbaik untuk makhluknya. Jadi, hanya hokum yang ditetapkan Allah dapat menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Justeru itu, setiap pimpinan Negara islam perlu bertanggunjawab dalam   melaksanakan dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.
        Dari segi sirah, didalam quran terdapat pelbagai cerita yang sewajarnya dijadikan teladan dan rujukan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Cerita tentang para nabi dapat member kita input yang bermanafaat dalam kerja agama khususnya kerja dakwah. Kita dapat melihat bahawa kerja menyeru manusia ke jalan tauhid bukanlah mudah. Banyak dugaan dan cabaran yang harus dihadapr oleh utusan-utusan ALLAH dalam menyebarkan kalimah ‘laa ilaaha illallah’. Antara dugaan yang diterima oleh nabi kesayangan kita, nabi Muhammad SAW ialah keturunannya(bani) dipulaukan , ditawarkan dengan gadis-gadis cantik, pangkat , dan harta kekayaan semata-mata untuk menamatkan usaha dakwah. Jika kita diposisi nabi Muhammad, dapatkah kita menahan segala godaan dan dugaan yang dihadapi? Oleh itu, kita perlu merungkai segala usaha dan cara-cara yang dilakukan oeh nabi Muhammad supaya memperoleh iman sekental itu. Maka, marilah kita merujuk kepada quran dan hadis baginda. ALLAH menjelaskan tentang keumuman risalah rasulullah, kenabiaan baginda, kewajipan mentaati dan mencintai baginda dan kedudukan baginda sebagai penutup sekalian nabi.  Oleh yang demikian, kita perlu menjadikan nabi sebagai qudwah kita setiap
masa. Dalam surah Nisaa’, Allah berfirman :
$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# ôs% ãNä.uä!$y_ ãAqߧ9$# Èd,ysø9$$Î/ `ÏB öNä3În/§ (#qãZÏB$t«sù #ZŽöyz öNä3©9 4 bÎ)ur (#rãàÿõ3s? ¨bÎ*sù ¬! $tB Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur 4 tb%x.ur ª!$# $·KÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇÊÐÉÈ  
170. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) Dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana Yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana Sesungguhnya bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa mengetahui lagi Maha Bijaksana.


 Kita perlu ikut cara nabi solat, cara nabi tidur, cara nabi memimpin dan sebagainya. Sesungguhnya, segala yang nabi lakukan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah. Jadi, sekiranya kita ingin mendapatkan keredaan Allah dan masuk syurga, hendaklah kita meniru segala perbuatan nabi berdasarkan quran dan hadis. Tidak lupa juga tentang kisah firaun. Seperti yang kita tahu, firaun akan ditempatkan kedalam neraka. Jadi, segala perbuatan firaun yang menjerumuskan dia kedalam neraka seperti mengaku diri sebagai tuhan,bongkak, angkuh, sombong, takabbur, dan zalim perlu dijadikan sempadan. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat bagaimana Allah mengatur dan meletakkan orang yang beriman di kalangan orang yang jahil seperti Maryam, ibu nabi Isa. Allah menguji dia dengan member                                                                                  dia zuriat yakni nabi Isa tanpa ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Walaupun dia difitnah dan dimaki oleh masyarakat sekeliling,dia tetap yakin akan Allah. Dari kisah ini, kita dapat merumuskan bahawa dengan punyai kekuatan aqidah yang mantap, kita dapat hadapi mana-mana situasi dengan kuat dan tabah. Oleh itu, kita perlu punyai pengetahuan aqidah yang cukup bagi menghadapi sebarang situasi yang dapat menggoncangkan keimanan diri kita.
            Dari segi perkara yang akan berlaku pula, ada kisah yang menarik dan membuktikan bahawa kenabian nabi Muhammad adalah benar. Contohnya ialah penawanan kota Constantinople. Nabi pernah bersabda yang bermaksud, sesungguhnya kota Constantinople akan ditawan oleh sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. Abu Qubail berkata: Ketika kami bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: dua kota ini mana yang akan ditaklukkan terlebih dahulu; Konstantinopel atau Roma? Abdullah bin Amr meminta kotak miliknya, dia mengeluarkan dari dalamnya sebuah buku. Kemudian Abdullah berkata: Ketika kami sedang ada di sekeliling Rasulullah, kami menulis, Rasulullah ditanya: dua kota ini mana yang akan ditaklukkan terlebih dahulu; Konstantinopel atau Roma? Rasulullah bersabda, “Kota Heraklius yang akan ditaklukkan terlebih dahulu. Yaitu Konstantinopel. (HR. Ahmad)*Pada waktu itu, ramai umat islam masih lagi tidak mengetahui kewujudan kota tersebut. Sejak dari zaman pemerintahan umar al-khattab, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menawan kota Constantinople. Seluruh umat islam yang beriman berebut-rebut untuk menjadi orang yang disebut nabi dalam hadis itu yakni sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. Namun, semuanya tidak berhasil sehingga munculnya sultan ke 7 pemerintahan Turki Uthmaniyah iaitu Muhammad al-fateh . Beliau telah didik oleh seorang yang ulama’ yang mashur ketika itu dan beliau amat jelas tentang tujuan hidupnya. Setiap pagi, gurunya akan membawa beliau mendaki bukit dan melihat kota Constantinople yang dapat dilihat jika di atas sebuah bukit yang terletak di jajahan takhluk kerajaannya. Jadi, misinya dilihat semakin jelas. Apabila berlaku upacara pemilihan pemimpin, beliau ada mengemukakan beberapa soalan yakni jika para tenteranya tidak melakukan apa yang disebut, meraka haruslah duduk. Soalan yang dikemukakan adalah siapa yang tidak pernah tinggalkan solat berjemaah sejak dia baligh, maka duduklah sebahagian tenteranya. Soalan selepas itu ialah siapa yang tidak pernah tinggalkan solat rawatib semenjak dia baligh, maka duduklah lagi sebahagian lagi para tenteranya. Apabila soalan terakhir dikemukakan, siapa yang tidak pernah tinggalkan solat sunat tahajjud sejak dia baligh, maka beliau seorang sahajalah yang berdiri. Justeru itu, terbuktilah bahawa beliau adalah pemimpin yang dimaksudkan oleh rasulullah sebagi sebaik-baik pemimpin. Tatkala dalam pemilihan tentera untuk berperang, beliau sendiri akan memilih tentera yang bangun pada malam hari untuk bertaqarrub kepada Allah sahaja. Beliau akan meronda pada malam hari untuk melihat khemah-khemah tenteranya yang bercahaya. Maka, sesuailah bahwa tetera beliau adalah sebaik-baik tentera.
         Dari segi pemerintahan dunia, rasullullah pernah menyebut hal yang demikian dalam hadis baginda yang bermaksud “Nubuwwah ada pada kalian sampai Allah kehendaki, hingga dihilangkan ketika Dia menghendakinya. Kemudian Khilafah di atas manhaj (sistim aturan) nubuwwah sampai Allah kehendaki, hingga dihilangkan ketika Dia menghendakinya. Kemudian kerajaan yang menggigit sampai Allah kehendaki, hingga dihilangkan ketika Dia menghendakinya. Kemudian kerajaan yang diktator sampai Allah kehendaki, hingga dihilangkan ketika Dia menghendakinya. Kemudian Khilafah di atas manhaj nubuwwah. Kemudian beliau diam”. (HR. Ahmad)* . Hadis ini menunjukkan bahawa readapat lima fasa pemerintahan pada era  rasullullah. Fasa pertama ialah fasa pemerintahan rasulullah sendiri dimana rasullullah diangkat menjadi pemimpin madinah pada peringkat permulaan. Selepas itu,baginda menjadi pemimpin kepada jajahan takhluk islam sehinggalah baginda menghembuskan nafas terakhir pada pada tahun 11 hijrah. Fasa kedua bermula dengan pemerintahan khulafat arrasyidin Saidina Abu Bakar sehinggalah Saidina Ali pada 40 hijrah. Fasa ketiga kerajaan yang menggigit yakni kerajaan yang menggunakan system pewarisan takhta dalam pemerintahan.Ia bermula dari zaman kerajaan umaiyah, kerajaan abasiyah dan berakhir dengan kerajaan turki uthmaniyah pada 1924. Fasa keempat ialah fasa kerajaan diktator. Pada masa ini, non muslim yang menguasai dunia degan menggunakan kekuatan bala tentera. Seperti yang kita lihat sekarang, Amerika yang menguasai dunia dari pelbagai aspek. Pada fasa kelima yakni fasa terakhir, nabi telah meyakinkan kita bahwa sebuah kerajaan yang mengikut manhaj kenabiaan akan muncul. Persoalannya, adakah kita ingin menjadi seperti sultan Muhammad al-fateh yang berusha membuktikan kebenaran risalah nabi atau menjadi pemerhati yang tidak menyumbangkan apa-apa untuk agama ALLAH?. Jadi, ayuh kita sedar dan mengambil peluang untuk menjadi akar-akar umbi yang kukuh untuk mendokong sebuah kerajaan islam yang pasti akan muncul suatu hari nanti.    




RUJUKAN
BUKU
Drs. H.A. Hafizah Dasuki( 1994) Eksiklopedia Islam Jilid 2, Hulu Klang : PT Iukhar Baru Van Hoeve . m/s 125
Abu Bakar Jabir al- Jazaiy ( 1995) Eksiklopedia Fikah 1, Sumatera : Pustaka Dini Sdn Bhd. m/s 78
Internet
http://sofyanalatsari.blogspot.com/2009/05/debat-hizbut-tahrir-vs-salafiyyah.html